Friday 15 June 2012

PERNIAGAAN TUNGGAL

Bentuk perniagaan ini seperti kedai runcit, pasar mini, warung paling banyak terdapat di negara kita, Malaysia. Ciri-ciri utama bentuk perniagaan ini ialah:

i. Dimiliki oleh seorang pemilik sahaja.
Pemilik berperanan sebagai pengurus dan pekerja perniagaan. Kadang-kala pemilik perniagaan dibantu oleh ahli keluarga ataupun satu atau dua orang pembantu yang digaji.

ii. Modal perniagaan disumbangkan oleh pemilik
Sumber modal bagi perniagaan ni adalah bersumbekan diri sendiri iaiyu daripada hasil tabungan atau pinjaman daripada keluarga.

iii. Pemilik perniagaan ini mesti mendaftarkan perniagaannya dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan.
Pendaftaran perniagaan boleh dibuat dengan menggunakan nama pemilik sendiri seperti Kedai Runcit Azrul Hafis ataupun nama perniagaan dagang seperti Pasar Mini Ceria.

iv. Pemilikan tunggal merupakan sejenis perniagaan yang menjual satu jenis produk atau perkhidmatan yang tidak memerlukan modal yang besar.
 Perniagaan bentuk ini merupakan satu bentuk perniagaan yang mudah dalam memilih jenis barangan yang ingin dijual olehnya.


Ciri-ciri Perniagaan Perseorangan ialah :

Penubuhan dan Milikan

  • Dimiliki oleh seorang individu.
  • Mudah ditubuhkan dan tidak melibatkan peraturan yang banyak.
  • Didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan mendapatkan lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.
  • Modal bermula dari simpanan atau peminjaman oleh pemiliknya sahaja. 
  • Modal yang kecil atau terhad.

Kawalan dan Pengurusan

  • Diuruskan dan dikawal oleh pemiliknya sendiri.
  • Bebas membuat dasar dan keputusan
  • kejayaan perniagaan bergantung kepada dayausaha dan kebolehan pemilik sendiri dari segi mendapatkan modal dan menjalankan aktiviti pengurusan perniagaan.

Liabiliti

  • Liabiliti yang tidak terhad
  • Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua risiko perniagaannya.

Pembahagian Untung

Segala keuntungan atau kerugian akan ditanggung sendiri oleh pemilik.

Bebanan Cukai

Hanya dikenakan cukai pendapatan individu.

Kebaikan perniagaan perseorangan ialah :

  • Modal yang kecil dan mudah dibentuk.
  • Mudah dikendalikan kerana saiz yang kecil dan keputusan berada dalam tangan sendiri.
  • Mempunyai dorongan untuk berjaya kerana segala keuntungan dan keputusan adalah di tangan sendiri.
  • Mempunyai hubungan rapat dengan pelanggan dari segi layanan dan perkhidmatan selepas jualan.
  • Kedudukan kewangan boleh dirahsiakan.
  • Menjimatkan penggunaan buruh kerana kerja-kerja boleh dijalankan oleh ahli keluarga terdekat sebagai pembantu dalam perniagaan.

Kelemahan perniagaan perseorangan ialah :

  • Modal yang kecil menghalang perkembangan
  • Liabiliti yang tidak terhad
  • Tiada pembahagian kerja dan pengkhususan
  • Kejayaan perniagaan adalah terlalu bergantung kepada kebolehan pemilik.
  • Perniagaan tidak berterusan kerana usia perniagaan bergantung atas usia pemilik.


Rujukan : http://tlkm2001.tripod.com/lpk/sem1tjk5.htm