Syarikat

Pengenalan

Syarikat mempunyai hak untuk bertindak dan memiliki harta atas namanya sendiri. Syarikat boleh mengambil tindakan undang-undang untuk menguatkuasakan haknya, dan dalam masa yang sama boleh juga diambil tindakan undang-undang oleh orang lain. Syarikat juga boleh memiliki harta atas namanya sendiri, bukannya atas nama pemegang-pemegang syer, pengarah-pengarah atau sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan atau kepentingan dengan syarikat. Dengan memiliki keseluruhan syer dalam syarikat tidaklah bermakna bahawa seseorang pemegang syer itu memiliki keseluruhan harta syarikat.

Satu lagi bentuk perniagaan ialah dengan menubuhkan syarikat. Syarikat adalah entiti berdaftar yang ditubuhkan oleh sekurang-kurangnya dua orang, yang boleh memiliki harta, merangka kontrak perjanjian dan menggaji kakitangan. Semua syarikat di Malaysia tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965.



Contoh Perniagaan Syarikat

Kebaikan Syarikat

Ahli-ahli (pemegang saham) syarikat tidak terikat kepada pemilik syarikat.
Pemegang saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
Sekiranya perniagaan gagal, pemegang saham dilindungi oleh tata perundangan.
Syarikat mempunyai potensi perkembangan yang lebih tinggi jika dibandingkan perniagaan Keempunyaan Tunggal atau Perkongsian.


Syarikat adalah suatu entiti undang-undang. Syarikat wujud secara sendiri, berasingan daripada penaja-penaja yang mengurusnya dan pemegang-pemegang syer yang menganggotainya. Sebaik sahaja syarikat diperbadankan, seolah-olah suatu tabir direntang, yang mengasingkan syarikat dengan penaja-penaja, pengarah-pengarah, pemegang-pemegang syer dan sesiapa sahaja yang berkepentingan dalamnya.

Keburukan Syarikat

Proses penubuhan melibatkan tatacara perundangan yang panjang lebar dan perbelanjaan yang tinggi. Ini termasuk kos menerbitkan pelbagai laporan kewangan syarikat.
Syarikat kecil mempunyai liabiliti (tanggungjawab) terhad, maka bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan mungkin tidak dapat memulihkan dana sekiranya perniagaan gagal. Dengan itu syarikat mungkin sukar untuk meminjam sebanyak yang diinginkan.
Perkembangan syarikat Sendirian Berhad mungkin terhad kerana ia tidak boleh menjual saham kepada awam. Ini juga bermakna kerugian ditanggung sepenuhnya oleh pemilik syarikat.

No comments:

Post a Comment