Perkongsian

Perniagaan perkongsian merupakan lanjutan daripada perniagaan tunggal. Bentuk perniagaan ini dibentuk secara gabungan dan diusahakan oleh dua orang atau lebih dengan matlamat memperoleh keuntungan. Pemilik-pemiliknya dikenali sebagai rakan kongsi perniagaan. Terdapat beberapa jenis rakan kongsi perniagaan. Antaranya ialah:
i. Rakan Kongsi Umum
mempunyai liabiliti yang tidak terhad sangat aktif dalam aktiviti operasi perniagaan menyumbangkan modal
ii. Rakan Kongsi Terhad
mempunyai liabiliti terhad tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan menyumbangkan modal
iii. Rakan Kongsi Lelap / Tidur (Sleeping Partners)
menyumbangkan modal berhak menerima keuntungan tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
iv. Rakan Kongsi Nominal
tidak menyumbangkan modal membenarkan nama digunakan orang yang berpengaruh / mempunyai tahap kredibiliti yang tinggi turut menanggung segala liabiliti perkongsian


Contoh Perkongsian Syarikat

Ciri-ciri perniagaan perkongsian ialah :-
Milikan
perkongsian ditakrifkan sebagai perhubungan antara dua atau lebih orang yang menjalankan perniagaan bersama untuk memperolehi keuntungan. bilangan rakan kongsi adalah dalam lingkungan 2 hingga 20 orang (umumnya). bagi perkongsian bank atau broker saham, bilangan rakan kongsi tidak melebihi 10 orang. bagi perkongsian yang melibatkan sesuatu profession seperti peguam dan akauntan, rakan kongsi adalah tidak melebihi 50 orang. perjalanan sesebuah perkongsian adalah ditetapkan di bawah Akta Perkongsian 1961. Perniagaan perkongsian juga tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Penubuhan

Boleh ditubuhkan secara lisan atau tulisan.
Biasanya membentuk satu persetujuan bersama dalam bentuk surat ikatan perkongsian yang dipanggil perjanjian perkongsian bagi mengelakkan perselisihan.
Kandungan perjanjian termasuklah nama firma, nama kesemua rakan kongsi, jenis dan tempat perniagaan, nisbah pembahagian keuntungan/kerugian, peruntukan hak dan tanggungjawab rakan kongsi, cara menjalankan perniagaan dan bagaimana perkongsian akan ditamatkan.
Satu perkongsian boleh wujud tanpa perjanjian tetapi ianya adalah tertakluk kepada peruntukan di dalam Akta Perkongsian 1961.
Akta Perkongsian 1961 mengandungi perkara-perkara berikut :- untung rugi dibahagikan sama rata. tiada bunga bagi modal yang dilaburkan. tiada gaji untuk rakan-rakan kongsi. pinjaman oleh rakan-rakan kongsi kepada perniagaan akan diberikan bunga 5% setahun.
Jenis-Jenis Perniagaan Perkongsian

Terdapat dua jenis perkongsian :-
perkongsian biasa
perkongsian berhad

Dalam perkongsian biasa, kesemua rakan kongsi adalah rakan kongsi biasa di mana mempunyai liabiliti yang tidak terhad, kuasa dan tanggungjawab yang sama serta berhak menguruskan perniagaan.
Dalam perkongsian berhad, rakan-rakan kongsi adalah mempunyai liabiliti yang terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan dan tidak mempunyai kuasa dalam pengurusan perniagaan. Dalam perkongsian ini, mesti ada sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi biasa yang menanggung semua liabiliti perniagaan dan bertanggungjawab terhadap pengurusan perniagaan.

Jenis-Jenis Rakan Kongsi :
Rakan Kongsi Aktif

Mengambil bahagian yang aktif dalam pengurusan dan biasanya dibayar gaji.

Rakan Kongsi Lelap

Hanya menyumbangkan modal dan tidak mengambil bahagian di dalam pengurusan perniagaan.

Rakan Kongsi Nominal (Namaan)

Membenarkan namanya digunakan di dalam perniagaan sebagai rakan kongsi tanpa melaburkan modal. Ia tidak menerima pembahagian keuntungan tetapi liabilitinya adalah tidak terhad (kerana namanya didaftarkan sebagai rakan kongsi).

Rakan Kongsi Berhad

Mempunyai liabiliti terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan sahaja dan tidak ada kuasa pengurusan tetapi boleh memeriksa buku-buku rekod dan akaun perniagaan.

Sebab-sebab Perniagaan Perkongsian Dibubarkan

Sesuatu perkongsian boleh dibubarkan kerana salah satu sebab yang berikut:

Kematian, kebankrapan atau ketidaksiuman salah seorang pekongsi. Tercapainya tujuan penubuhan perkongsian itu. Berakhirnya tempoh masa perkongsian. Tercetus peperangan.
Sebagai akibat tindakan guaman atau dengan perintah mahkamah untuk membubarkannya.

Kebaikan Perniagaan Perkongsian ialah :-

Lebih modal dapat dikumpulkan.
Dapat menggunakan kepakaran dari rakan-rakan kongsi yang berkemungkinan mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang berlainan.
Pengkhususan kerja dapat dilakukan dengan adanya pelbagai kemahiran dan kepakaran tersendiri dari rakan-rakan kongsi.
Risiko perniagaan dapat disebarkan (dikongsi) antara rakan-rakan kongsi.
Persaingan dapat dikurangkan melalui perkongsian, dengan itu perbelanjaan untuk persaingan dapat diagihkan bagi meningkatkan jualan dan memperkembangkan perniagaan.
Perkongsian masih lagi mudah untuk ditubuhkan berbanding penubuhan syarikat atau koperasi. Ianya hanya perlu didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan dan mendapatkan lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.

Kelemahan Perniagaan Perkongsian

Berlaku salah faham atau perselisihan antara rakan kongsi dan ini akan menjejaskan rancangan dan perjalanan perniagaan serta boleh membawa kepada pembubaran perkongsian.
Liabiliti yang biasanya tidak terhad akan menyebabkan individu / rakan kongsi kehilangan harta persendirian jika perniagaan menghadapi masalah dalam pembayaran balik hutang piutangnya.
Kesilapan dari seorang rakan kongsi akan mengikat rakan-rakan kongsi yang lain. Ini kerana setiap rakan kongsi mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap perkongsiannya. Segala kerugian akan ditanggung bersama walaupun diakibatkan oleh hanya seorang rakan kongsi.
Perniagaan perkongsian adalah tidak berkekalan. Jika seorang rakan kongsi menjadi tidak siuman, bankrap atau mati, perkongsian mungkin terpaksa dibubarkan. Pengumpulan modal adalah masih terhad dalam lingkungan maksimanya 20 orang sahaja. Maka perkembangan perniagaan adalah bergantung kepada sumber modal yang terhad ini.

Rujukan : http://tlkm2001.tripod.com/lpk/sem1tjk5.htm

3 comments:

  1. hai.. saya nk bertanya la.. utk sleeping partner - klu satu2 perniagaan tu gagal.. bole kah sleeping partner tu meminta modal ye blk..? bole beri sedikit penjelasan n penyelesaian x?

    ReplyDelete
  2. Hai saya cuma nak penjelasan sikit.
    Kalau partner kita nak stop meniaga. Tapi partner kita tu kata "aku nak jual share aku pada kau"
    Macam mana ye nak kira nya tu ?
    Mohon penjelasan

    ReplyDelete
  3. Tanggungjawab rakan kongsi kepada perniagaan ape ye

    ReplyDelete