Refleksi

Hari Pertama Kelas (12 Jun 2012)


Pada hari ini merupakan kelas pertama kami bagi subjek Technology And Innovation in Education. Dalam kelas ini kami semua diminta untuk mendaftarkan diri ke dalam group e-learning iaitu myenglish.e-celpad yang mana kami perlu sing up di http://myenglish.e-celpad.com.

Selain mendaftarkan diri dalam froup tersebut, kami telah mempelajari topik Teori Pengajaran Gagne. Dalam topik ini banyak benda yang telah dipelajari antaranya seperti langkah - langkah yang perlu ada dalam teori ini iaitu ia mempunyai sembilan langkah antaranya seperti

Gaining attention
Informing the learner of the objective
Stimulating recall of prior learning
Presenting the stimulus
Providing learner guidance
Eliciting performance
Providing Feedback
Assessing performance
Enhancing retention and transfer

Melalui semua langkah-langkah yang tersebut maka proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.

Selain mempelajari topik Teori Pengajaran Gagne, kami juga mempediperlajari topik Integration of technology in teaching and learning, yang mana kami telah diperkenalkan dengan web 1.0, web 2.0 dan web 3.0. Kami juga telah diperkenalkan dengan contoh-contoh yang terdapat dalam Web 2.0 antaranya seperti Blogspot, facebook, Twitter, Skype dan sebagainya. Manakala bagi Web 3.0 pula ia berkaitan dengan "second life" yang mana kita boleh mengembara ke dunia digital seperti yang terdapat dalam cerita Avatai . Pendedahan perisian secondlife dengan tapak yang telah dibeli oleh pihak UIA telah memberikan kami gambaran baru dunia digital.r.

Banyak ilmu dan pengetahuan baru telah kami perolehi pada hari ini.


Hari Kedua (14 Jun 2012)


Pada hari kedua pula kami telah mempelajari topik berkaitan dengan teori-teori Pembelajaran dan Pengajaran iaitu berkaitan dengan Learning Theories & Models yang mana dalam bab ini kami telah mempelajari berkaitan dengan apa yang dikatakan dengan theory, model, learning theory, serta teori-teori pembelajaran seperti Behaviorism, Cognitivism dan Constructivism.


Hari Ketiga (15 Jun 2012)
Pada hari ketiga kami telah menghadapi peperiksaan pertengahan tahun mengenai teori - teori yang telah dipelajari. Kemudian kami terus bincang jawapan bagi kuiz yang telah kami jawab, ramai diantara kawan-kawan yang mendapat markah penuh. selepas membincangkan jawapan, kami telah diberikan masa untuk membuat power point dan blog.




Hari Keempat (18 Jun 2012)


Pada hari keempat, kami telah didedahkan dengan penggunaan power point yang berkesan. Banyak ilmu yang telah kami pelajari melalui topik tersebut antaranya seperti dalam menentukan saiz tulisan kita kena mengukur anggaran jarak 2 meter. Kemudian kami telah diberikan masa untuk menyiapkan tugasan dan kami telah menggabungkan kesemua elemen yang telah dikumpul untuk persediaan berkumpulan serta menghasilkan persembahan kumpulan menggunakan Microsoft Power point.

Hari Kelima (20 Jun 2012)


Pada hari kelima kami telah melihat persembahan 7 kumpulan mengenai subjek pelajaran masing-masing. Pendedahan mengenai penggunaan Dropbox dalam dunia internet adalah untuk penyimpanan salinan backup dan dapat diakses di mana jua jika berlaku kejadian tidak diingini kepada alatan yang digunakan.


Hari Keenam (21 Jun 2012)
Pada hari keenam kami telah melihat lagi 6 persembahan kumpulan mengenai subjek pelajaran masing-masing. Banyak juga pengetahuan yang telah dikongsi bersama. 

No comments:

Post a Comment